Download Fungsi Pantun Dalam Masyarakat Melayu Tradisional PDF

TitleFungsi Pantun Dalam Masyarakat Melayu Tradisional
File Size554.2 KB
Total Pages37
Document Text Contents
Page 1

Fungsi Pantun dalam Masyarakat Melayu
Tradisional
Oleh Mohd Khairi bin Ariffin (PISMP-BM, IPG-KKB)


1.0 PENGENALAN

Sejarah telah membuktikan betapa sesungguhnya corak hidup masyarakat dan

bangsa Melayu pada zaman dahulu dicerminkan melalui puisi lama seperti pantun

dan peribahasa. Za’ba di dalam bukunya bertajuk Ilmu Mengarang Melayu (1965:

219), mengatakan bahawa penciptaan pantun merupakan puisi tertua dan milik asal

kepunyaan masyarakat Melayu. Oleh itu, umum telah menerima bahawa pantun

adalah ciptaan asli orang Melayu. Ianya bukanlah adaptasi daripada puisi-puisi

Jawa, India atau Cina. Ini bermakna, pantun merupakan puisi asli yang dimiliki oleh

masyarakat Melayu serta paling awal muncul berbanding puisi yang lain (Harun Mat

Piah, 1989: 122).



Masyarakat Melayu lama akrab dengan alam semulajadi seperti alam

tumbuhan, haiwan dan cakerawala. Ini adalah disebabkan masyarakat pada masa

tersebut sering berinteraksi dengan alam yang berada di sekeliling mereka sama

ada di laut, di hutan, di bendang, di ladang dan di gunung. Harun Mat Piah (1989:

115) menjelaskan bahawa penggunaan lambang-lambang dan simbol-simbol

daripada alam perlu diketahui untuk memahami maksud pantun. Lantaran itulah

pantun dikaitkan dengan alam semulajadi sebagai perbandingan dan perlambangan

yang berfungsi sebagai sumber pengajaran dan nasihat.



Pantun dapat berfungsi dalam hampir setiap aktiviti kehidupan masyarakat

Melayu (Jamilah Hj. Ahmad, 1993: 114). Terdapat pelbagai jenis pantun yang

mempunyai tema tertentu berkait rapat dengan perasaan cinta, kasih sayang, puji-

pujian, nasihat, agama, adat, telatah dan corak hidup masyarakat. Tema yang ingin

diketengahkan, disisipkan dengan latar alam. Oleh sebab alam itu indah, maka

unsur-unsur alam diaplikasikan di dalam setiap rangkap pantun yang disampaikan

atau dicipta. Segala pengalaman hidup, pandangan hidup dan falsafah yang ingin

dikemukakan di dalam pantun menggunakan latar alam sebagai pembayang. Unsur-

unsur sedemikian secara tidak langsung memperlihatkan keakraban masyarakat

Melayu lama dengan alam semulajadi.



2.0 DEFINISI PANTUN

Pantun merupakan puisi melayu yang paling popular jika berdasarkan

daripada penggunaannya yang paling meluas. Puisi ini juga yang paling

Page 18

Muhammad Haji Salleh (2000: 240-241) keakraban manusia Melayu

dengan alam dinukilkannya begini:



Manusia Melayu hidup dalam suatu persekitaran alam yang khusus.

Sebagai penghuni alam yang amat setia ini, dia juga telah membuktikan

dirinya sebagai pemerhati yang tekun dan teliti. Pusingan waktu,

pergantian musim, perjalanan usianya, berserta segala tabiat khusus

yang datang bersamanya, dicatat secara lisan ataupun kairografik. Pantai

yang berubah setiap kali air bah dimasukkan ke dalam peribahasa dan

pantun, begitu juga rumah yang dilambung ombak dijadikan metafora

cabaran untuk mereka yang berani. Beribu citra dikutip untuk tabiat alam

raya. Tetapi antara semua ini dia menemukan unsur harmoni yang hadir

dalam alam semesta. Unsur ini dilihat sebagai membantu menenteramkan

dan membantu suatu kehidupan yang aman. Ada juga suatu unsur lagi

yang dilihat pada alam semula jadi, yang disanjung, iaitu keteraturan,

suatu susunan yang jelas, dan dalam susunan ini akhirnya yang

berlawanan ini ditenteramkan oleh kuasa imbangan tadi. Unsur-unsur

yang diperhatikan dikutip dan dijadikan juga sebagai nilai dalam

kehidupan sosialnya. Harmoni inilah juga yang dijadikan unggul yang

dikira dapat membantu masyarakatnya berkembang dengan baik. Dalam

sastera, unsur ini menjadi dasar unggul, kerana melaluinya karya dapat

disusun secara teratur dan bahagian-bahagiannya saling melengkapi

antara satu sama lainnya.



Sengaja petikan ini dimuatkan dengan panjang untuk memelihara

keindahan dan kepadatan pengucapan Muhammad Haji Salleh. Jika

petikan ini diringkaskan, mungkin ada maksud yang tidak kesampaian.

Dalam hal ini, Muhammad yang telah memahami puitika Melayu,

terutama dari sudut makna dan citra yang dipadatkan”; dan oleh itu,

tulisannya juga telah dipadatkan sehingga sukar untuk dipadatkan lagi.

Pencuplikan kenyataan padat ini wajar dilakukan untuk mengetengahkan

intelektualiti Muhammad.



Bagi merumuskan konsep puitika Melayu, terutamanya pantun,

Muhammad memecahkannya kepada enam ceraian, iaitu (i) makna dan

citra yang dipadatkan, (ii) makna dan citra yang dilayangkan secara halus

dan tidak langsung [inilah fokus kajian makalah penulis] (iii)dunia yang

berbelah dua (iv) muzik bahasa sebagai pengalun makna (v) sama

ukuran atau imbangan (Muhammad Haji Salleh, 2000:240). Ciri-ciri yang

dirumuskan oleh Muhammad sudah berupaya memberikan gambaran

tentang puitika pantun dalam bentuk yang ilmiah dan sistematik.

Page 19

Selain Muhammad, Francois-Rene Dallie (1988: 131), seorang peneliti

dari Perancis mempunyai pandangan yang sama dengan ciri pertama

(“makna dan citra yang dipadatkan” atau “Dunia luas yang dipadatkan”)

sebagaimana katanya: “A Pantun is a universe in a nutshell”. Maksudnya,

makna yang terkandung dalam pantun lebih luas daripada yang

diungkapkan dalam bait-baitnya. Dallie juga melihat pantun sebagai

ekspresi peradaban Melayu. Bagi beliau, pantun perlu ditelaah untuk

memahami peradaban Melayu; dan begitu juga sebaliknya, untuk

memahami pantun, peradaban Melayu perlu difahami dahulu. Maknanya,

antara pantun dengan peradaban (atau tasawur) Melayu wujud hubungan

resiprokal, saling berjerait kerana kedua-duanya memang terhubung oleh

jalinan simbiotik.



Bagi tujuan makalah ini penelitian dan penemuan Muhammad tentang

estetika pantun sudah memadai untuk menjadi rumusan puitika retorik

tradisional itu. Untuk memanjangkan perbincangan, makalah ini akan

menelusuri satu daripada ciri yang ditemukan, iaitu “makna dan citra

yang dilayangkan secara halus dan tidak langsung” dengan memilih unsur

metafora. Metafora merupakan satu daripada cabang bahasa kiasan yang

sangat meluas digunakan dalam puisi, baik puisi tradisional mahupun

puisi moden.



Bahasa kiasan juga disebut majas merupakan tenaga bahasa yang sangat

ampuh untuk menyampaikan maksud perucapan secara berhikmah.

Pembicara yang tahu akan letak duduknya hubungan antara perucap

dengan dengan penerima akan memanfaatkan bahasa kiasan agar

penyampaiannya dapat dilaksanakan dengan lembut atau sebaliknya. Ada

kekuatan yang tersirat dalam gaya kiasan kerana dalam keadaan tertentu

belum tentu pengucapan secara langsung sesuai diujarkan lantaran emosi

manusia yang menjadi penerima itu juga mungkin telah terbiasa dengan

komunikasi yang berhikmah dan berlapik.



Para seniman Romawi seperti Cicero dan Suetonicus telah menggunakan

sarana majas dengan pengertian “bayangan, gambaran, sindiran, dan

kiasan” (Tarigan, 1995: 112) Penggunaan majas tertentu yang bersifat

konotatif dapat meninggikan kesan penyampaian dan mengubah nilai

rasa. Kemarahan dan kemesraan misalnya, dapat disampaikan hanya

dengan penggunaan kata tertentu tanpa diucapkan kemarahan itu secara

langsung kerana penerima yang faham akan berupaya menghubungkan

imej yang menjadi kiasan dengan nilai rasa yang disampaikan.

Komunikasi akan menjadi lebih berkesan sekiranya ada persamaan

budaya antara penghantar mesej dengan penerimanya.

Similer Documents