Download Isu Atau Kelemahan Dalam Pengurusan Projek Pembinaan PDF

TitleIsu Atau Kelemahan Dalam Pengurusan Projek Pembinaan
File Size109.9 KB
Total Pages5
Document Text Contents
Page 1

ISU ATAU KELEMAHAN DALAM PENGURUSAN PROJEK PEMBINAAN

Pengurusan projek ditakrifkan sebagai perancangan keseluruhan, pengawalan dan koordinasi sesuatu projek daripada
peringkat permulaan hingga peringkat penyiapan bagi memenuhi keperluan pelanggan dan memastikan projek tersebut
disiapkan pada masa yang ditetapkan, dalam lingkungan kos dan juga kualiti kerja seperti yang diharapkan oleh
pelanggan. Isu atau kelemahan dalam pengurusan projek pembangunan telah dikenalpasti di setiap peringkat
pengurusan projek. Isu atau kelemahan tersebut adalah seperti berikut:

a) Peringkat Perancangan

 Pemilihan tapak yang kurang sesuai
 Pengambilan balik tanah belum selesai
 Keperluan pelanggan tidak jelas/tidak lengkap
 Peruntukan terhad

b) Peringkat Reka Bentuk

 Reka bentuk yang tidak sesuai/tidak praktikal/tidak memenuhi keperluan pengguna/tidak lengkap
 Kurang maklumat/maklumat tidak jelas
 Masalah koordinasi
 Kesilapan perekabentuk/terlepas pandang
 Kelewatan penyediaan rekabentuk

c) Peringkat Perolehan

 Kelewatan melantik perunding/kontraktor
 Kontraktor tidak berkeupayaan
 Kontraktor tiada pengalaman melaksanakan projek yang kompleks

d) Peringkat Pembinaan

 Masalah tapak
 Lambat mendapat kelulusan daripada PBT
 Masalah koordinasi
 Kontraktor lewat menerima lukisan
 Pelanggan lambat memberi pengesahan
 Banyak kerja tambahan
 Lanjutan masa (EOT) terlalu lama
 Pertindihan skop kerja kontraktor
 Penyelia tapak tidak kompeten
 Penyeliaan tapak tidak rapi
 Kerja pembinaan tidak ikut spesifikasi/lukisan
 Tiada rekod kawalan kualiti
 Kurang pemantauan terhadap perunding/kontraktor
 Kenaikan harga barang binaan (seperti besi dan keluli) di luar kawalan
 Kontraktor bermasalah
 Projek dimansuhkan

e) Peringkat Penyiapan dan Penyerahan

 Kerja-kerja pembinaan tidak sempurna/banyak kecacatan dan kerosakan
 Pembinaan diperakukan siap walaupun ada kerja yang belum siap
 Ujian dan pentauliahan belum selesai
 Kemudahan/peralatan tidak dapat digunakan
 Bangunan/kemudahan tidak dapat beroperasi dengan berkesan
 Pelanggan enggan berpindah
 Bangunan telah diserahkan tetapi tidak boleh diduduki
 Tiada kawalan keselamatan
 Bangunan diduduki walaupun Sijil Layak Menduduki (CF) belum diperolehi

f) Peringkat Pembaikan Kecacatan/Kerosakan dan Penyenggaraan

 Kurang pemantauan/penyeliaan
 Tiada penyenggaraan
 Kecacatan/kerosakan:

Page 2

o Lambat dibaiki
o Dibiarkan tanpa apa-apa tindakan
o Tidak dibaiki walaupun Tempoh Tanggungan Kecacatan tamat
o Yang sama berulang
o Tidak dilaporkan
o Serius selepas Tempoh Tanggungan Kecacatan

g) Peringkat Pentadbiran Kontrak

 Kontrak lewat ditandatangani
 Bon Pelaksanaan dan insurans lewat dikemukakan/tidak dilanjutkan selaras dengan lanjutan masa
 Perubahan kerja dilaksanakan sebelum kelulusan diberi
 Lanjutan masa lewat dikeluarkan/sebab-sebab tidak mengikut syarat kontrak
 Sijil Siap Kerja lewat dikeluarkan/tarikh di backdate
 Bayaran kemajuan tidak ikut jadual
 Denda lewat tidak dikenakan
 Perakuan Kerja Tidak Siap dikeluarkan setelah kerja diperakukan siap
 Perakuan Muktamad lewat dikeluarkan
 Isu atau masalah ini telah menyebabkan pembinaan lewat disiapkan, pembinaan tidak berkualiti dan

kos pembinaan bertambah. Ini memberi kesan kepada pengguna, menjejaskan imej negara dan juga
mendatangkan kerugian kepada Kerajaan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN BAGI MENANGANI ISU ATAU KELEMAHAN DALAM PENGURUSAN PROJEK
PEMBINAAN

Antara cadangan penambahbaikan bagi menangani isu atau kelemahan tersebut adalah:

 Memastikan peruntukan mencukupi sebelum projek dilaksanakan;
 Pengambilan balik tanah dan masalah tapak diselesaikan sebelum kontraktor dilantik;
 Keperluan pelanggan perlu jelas, lengkap dan terperinci. Libatkan setiap peringkat pengguna semasa

perancangan;
 Kriteria perlantikan perunding dan kontraktor diperketatkan/dikaji semula;
 Pentauliahan personel sebagai pengurus projek;
 Memantapkan keberkesanan komunikasi dan koordinasi di setiap peringkat pengurusan projek;
 Agensi bukan teknikal yang melaksanakan projek pembangunan perlu mempunyai kakitangan teknikal

yang mencukupi dan kompeten;
 Mempertingkatkan dan memperluaskan penggunaan Industrialised Building System (IBS) dalam projek

kerajaan;
 Agensi perlu mengenalpasti kelemahan yang wujud, menganalisis dan mengambil tindakan

penambahbaikan bagi mengelakkan kesilapan berulang;
 CIDB perlu membuat kajian menyeluruh terhadap projek-projek kerajaan yang bermasalah; dan
 Memantapkan etika dan integriti dalam sektor pembinaan.

ISSUES OR WEAKNESS IN CONSTRUCTION PROJECT MANAGEMENT

Project management is defined as the overall planning, control and coordination
of a project from the initial stage to the stage of completion to meet customer
needs and ensure the project is completed on time, within cost and also the
quality of work as expected by the customer. Issues or weaknesses in the
management of development projects have been identified at each stage of
project management. Issues or weaknesses are as follows:

a) Planning Stage

• Site selection unsuitable

Similer Documents